Pages

Ads 468x60px

Saturday, August 6, 2011

Variasi kapal di dunia....

Salam blogger..


Sebagai starting, aku nak introduce variasi kapal yang ada sekarang ni.. pelbagai bentuk, saiz dan rupa.. dan setiap jenis mempunyai kelebihan dan kegunaan yang tersendiri.




1. Container ship
MISC - Bunga Seroja Satu
Container ship adalah sebuah kapal kargo yang membawa kargo dalam bentuk kontena. Kapal kontena mempunyai pelbagai saiz, antaranya:


  - ultra large container vessel/ULCV (14501 TEU and above)
  - new panamax (10000-14500 TEU)
  - post panamax (5101-10000 TEU)
  - panamax (3001-5100 TEU)
  - feedermax (2001-300 TEU)
  - feeder (1001-2000 TEU)
  - small feeder (up to 1000 TEU)


Kapal kontena yang terbesar di dunia adalah Emma Maersk, milik syarikat Maersk.
Emma Maersk membawa muatan lebih 15000 TEU.
Maersk Group - Emma Maersk 




2. Crude oil tanker
American Eagle Tanker (AET) - Bunga Kelana 4 (Aframax)


Crude oil tanker adalah sebuah kapal yang direka untuk membawa minyak dalam kuantiti yang banyak, atau kata lain dalam bentuk pukal (bulk). Crude tanker  mempunyai pelbagai saiz dan diklassifikasi dalam Deadweight Tonnage (DWT), antaranya:


  - Ultra Large Crude Carrier/ULCC (320000-550000 DWT)
  - Very Large Crude Carrier/VLCC (200000-320000 DWT)
  - Suezmax (120000-200000 DWT)
  - Aframax (80000-120000 DWT)
  - Panamax (60000-80000 DWT)
  - Product tanker (10000-60000 DWT)
American Eagle Tanker (AET) - Bunga Kasturi Tiga (VLCC)




3. Bulk Carrier
MISC - Bunga Saga Dua


Bulk carrier adalah kapal yang direka khas ntuk membawa kargo tanpa packaging dalam kuantiti yang banyak seperti arang, grain, semen dalam tangki yang besar. Bulk carrier terbesar boleh membawa muatan lebih 80000 DWT ke atas.






4. Chemical tanker
MISC - Bunga Melati 3
Chemical tanker mempunyai prinsip yang sama seperti crude oil tanker. Yang menyebabkn perbezaan ada chemical tanker membawa bahan kimia dalam bentuk pukal berbanding crude oil tanker yang membawa minyak mentah dalam bentuk pukal. Chemical tanker direka untuk membawa kimia-kimia yang berbahaya dengan keadaan yang selamat. Selain itu, bahan produk seperti palm oil (minyak masak) juga boleh dibawa oleh kapal jenis ini.




5. LNG ship
MISC - Seri Amanah

Liquified Natural Gas (LNG) ship adalah sebuah kapal istimewa yang direka khas untuk membawa gas yang mempunyai suhu -160 degree celcius. Kebiasaannya kapal ini banyak menggunakan enjin stim yang moden. Single operator LNG dan mempunyai kapal LNG terbanyak di dunia adalah milik syarikat MISC.




6. Roll on - Roll off (Ro-Ro Ship)
UECC - Aegean Breeze
Ro-ro ship mempunyai bentuk kapal yang berbeza berbanding dengan kapal-kapal2 yang lain. Kapal ro-ro direka untuk membawa kenderaan dari satu tempat ke tempat yang lain.




7. General Cargo ship
Jolly Ambra
General cargo ship boleh dikatakan multi purpose ship sebab kapal ini boleh membawa apa-apa jua bentuk dari satu tempat ke tempat yang lain. Selalunya kapal ini mempunya kren yang tersendiri untuk memindahkan kargo dari kapal ke darat.






8. Reefer ship
Lauritzen Reefers - Italian Reefer
Reefer ship dibina untuk membawa kargo yang sejuk dan kawalan suhu yang tertentu, bergantung pada jenis kargo yang dibawa. Contoh kargo yang dibawa adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan sebagainya.




9. Passenger Ship
Norwegian Pearl
Passenger ship merupakan satu-satunya kapal yang membawa ramai penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain. Selalunya,dilihat passenger ship adalah sebuah kapal yang mewah, kerana mempunyai tempat-tempat hiburan yang dibina di atasnya. Ada juga passenger ship yang hanya membawa penumpang sahaja untuk jarak yang dekat.




Itulah antara jenis-jenis kapal yang ada pada zaman sekarang.

2 Weigh in:

Unknown said...

menarik, ak dulu hampir2 nak naik kapal tanker , pastu tarik diri sambung belajar

Cap'n Muhammad Faiz Rosidi said...

nape nk tarik diri? kerjaya ni bagus... masa depan cerah...

Post a Comment